Posts

TAMADUN CHINA

Image
  TAMADUN CHINA ·          China pernah berinteraksi dengan bangsa Eropah seawal kurun S.M. melalui aktiviti perdagangan terutamanya kain sutera. ·          Jalan perdagangan yang menghubungkan China dengan asia timur, Asia Barat dan Eropah dikenali sebagai Jalan Sutera Lama. ·          Rantau Asia Tenggara, India dan Afrika dihubungkan dengan China melalui jalan laut yang dikenali sebagai Jalan Sutera Laut.

PENEROKAAN DAN PENJELAJAHAN BAGI MENGHADAPI ANCAMAN

Image
  PENEROKAAN DAN PENJELAJAHAN BAGI MENGHADAPI ANCAMAN -           Pembukaan Jalan Sutera Lama adalah kerana usaha Empayar Han untuk meneroka dan menjelajah khususnya bagi menghadapi ancaman kaum Xiongnu, yang sering menggangu hubungan perdagangan dengan negara-negara Arab dan Rom. Untuk menjayakan pegawainya Zhang Qian ke Bactria untuk berbaik-baik dengan kaum Yuezhi, iaitu musuh kaum Xiongnu. Namun, usaha gagal kerana Zhang Qian ditangkap dan ditahan selama 10 tahun oleh tentera Xiongnu. -           13 tahun kemudian, Zhang Qian kembali ke China dan memberitahu maharaja bahawa China tidak perlu berperang dengan Xiongnu kerana keuntungan yang bakal diperolehi melalui perdagangan dengan negara-negara Barat. -           Sekali lagi Maharaja Wudi menghantar Zhang Qian untuk menjalin hubungan ekonomi dengan negara-negara Barat pada tahun 119 S.M. Ekspedisi Zhang Qian telah berjaja memeperluaskan empayar China serta memepertingkatkan hubungan perdagangan antara China dengan kawasan-ka

MENGEMBARA BAGI MENGEMBANGKAN AGAMA

Image
  MENGEMBARA BAGI MENGEMBANGKAN AGAMA Hsuen Tang -           mengembara ke India pada 629 Masihi atas arahan maharaja bagi meningkatkan pengetahuan agama. -           Semasa di India, beliau telah mendalami agama Buddha di Universiti Nalanda dan telah membawa balik lebih 700 judul buku agama Buddha ke China. I-Ching -           I-Ching juga mengembara kerana faktor agama dimana belia singgah di Srivijaya untuk mempelajari bahasa Sanskrit sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Nalanda, India. -           Mendalami agama Buddha selama 10 tahun di India serta turut terlibat dalam penterjemahan kitab-kitab Buddha dari Sanskrit ke dalam bahasa China.

EKSPEDISI PELAYARAN

Image
  EKSPEDISI PELAYARAN - Maharaja Yung Lo telah menggalakkan dan menaja ekspedisi pelayaran secara besar-besaran. - Beliau telah mengarahkan wilayah Fukein membina sebanyak 137 buah kapal laut, wilayah-wilayah lain seperti Kiangsu, Kiangsi, Chekiang, Hunan dan Kwangtung turut membina 200 buah kapal laut. Pada tahun 1407 Masihi, 1980 kapal telah dibina. - Ekspedisi penjelajahan dan penerokaan telah berlangsung antara tahun 1405 hingga 1433.  - Sepanjang tempoh tersebut, 7 ekspedisi telah dilakukan di mana Ekspedisi pertama yang didokong oleh Dinasti Ming mengandungi 62 buah kapal yang membawa 28 000 anak kapal. -Armada kapal di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho berjumlah 100 hingga 200 buah, anak kapalnya pula seramai 27 000 hingga 28 000 orang. Antara tujuan pelayaran ini adalah untuk meluaskan pengaruh China sebagai kuasa besar, meningkatkan hubungan perdagangan dengan dunia luar serta ingin memperoleh sokongan dari negara-negara luar bagi mengatasi serangan orang-orang Mongol.

EKSPEDISI BAGI MENAWAN SESEBUAH NEGARA

Image
  EKSPEDISI BAGI MENAWAN SESEBUAH NEGARA -           Maharaja Kublai Khan melancarkan ekspedisi tentera laut pada tahun 1274 Masihi bagi menawan Jepun -           Satu lagi ekspedisi dilancarkan pada 1292 Masihi bagi menawan Jawa. Namun, semua ekspedisi ini gagal mencapai matlamatnya.

AKTIVITI PERDAGANGAN

Image
  AKTIVITI PERDAGANGAN -           Menjelang tahun 100 masihi, Kapal-kapal perdagangan China telah belayar ke negara eropah serta turut belayar ke seluruh Asia selatan dan India antara tahun 600-900 Masihi.  

KUIZ

Image
  SOALAN 1.    Apakah tujuan pelayaranarmada kapal di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho? 2.    Apakah penemuan baru yang telah dibuat oleh masyarakat China dalam menjalankan penerokaan? 3. Berikan contoh tokoh pelayaran Tamadun China.   JAWAPAN 1. -meluaskan pengaruh China sebagai kuasa besar,     -meningkatkan hubungan perdagangan dengan dunia luar      -ingin memperoleh sokongan dari negara-negara luar bagi mengatasi serangan orang-    orang Mongol. 2. -kompas magnetic,      -sekstan 3. Cheng Ho (1371-1435)