EKSPEDISI PELAYARAN

 


EKSPEDISI PELAYARAN

- Maharaja Yung Lo telah menggalakkan dan menaja ekspedisi pelayaran secara besar-besaran.

- Beliau telah mengarahkan wilayah Fukein membina sebanyak 137 buah kapal laut, wilayah-wilayah lain seperti Kiangsu, Kiangsi, Chekiang, Hunan dan Kwangtung turut membina 200 buah kapal laut. Pada tahun 1407 Masihi, 1980 kapal telah dibina.

- Ekspedisi penjelajahan dan penerokaan telah berlangsung antara tahun 1405 hingga 1433. 

- Sepanjang tempoh tersebut, 7 ekspedisi telah dilakukan di mana Ekspedisi pertama yang didokong oleh Dinasti Ming mengandungi 62 buah kapal yang membawa 28 000 anak kapal.

-Armada kapal di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho berjumlah 100 hingga 200 buah, anak kapalnya pula seramai 27 000 hingga 28 000 orang. Antara tujuan pelayaran ini adalah untuk meluaskan pengaruh China sebagai kuasa besar, meningkatkan hubungan perdagangan dengan dunia luar serta ingin memperoleh sokongan dari negara-negara luar bagi mengatasi serangan orang-orang Mongol. 

- Setelah kemangkatan Maharaja Yung Lo, kerajaan Ming tidak memberikan perhatian kepada aktiviti ekspedisi pelayaran dan peruntukan untuk kegiatan pelayaran telah dihentikan. Kerajaan China kemudiannya mengamalkan dasar tutup pintu semasa Dinasti Manchu. Perubahan dasar ini telah menyebabkan usaha penjelajahan dan penerokaan berakhir begitu sahaja. 


- Dalam menjalankan penerokaan, banyak penemuan baru telah dibuat oleh masyarakat China, misalnya kompas magnetic, sekstan (alat untuk menentukan kedudukan kapal)

- Penemuan-penemuan ini membolehkan banyak aktiviti pelayaran telah dibuat bagi menunjukkan kepada masyarakat tamadun lain bahawa masyarakat China lebih awal bertamadun.


Comments